Wednesday, March 20, 1985

SYAIR

PUISI TRADISIONAL

SYAIR
Definisi
  1. Karangan berangkap
  2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris
  3. Setiap baris mempunyai maksud kerana syair tidak mempunyai pembayang
  4. Setiap rangkap tidak boleh berdiri sendiri kerana saling berkait dengan rangkap-rangkap lain
  5. Keseluruhan rangkap syair mengungkapkan sesuatu maksud secara kesatuan
Bentuk Baris: biasanya mengandubgi empat patah kata yang berjumlah antara lapan hingga dua belas suku lata

Rima: aaaa


SYAIR PEMBUNUHAN ANGRENI
Maksud Rangkap 1: Mereka sampai di tepi pantai yang pasirnya putih dan suasananya tenang. Batu-batunya cantik seperti dicanai dan kelihatan juga ombak yang mencecah pantai.

Rangkap 2: Di situ terdapat sepohon bunga cina dan bunga cempaka yang diapit pula dengan bunga angsana. Bunga-bunga itu kelihatan indah dengan pelbagai warna. Di tempat itulah Raden Kartabangsa berhenti.

Rangkap 3: Di situ terdapat seketul batu yang rata seperti katil raja. Raden Perbangsa segera mengajak Ratna Angreni berhenti di batu yang terhampar itu.

Rangkap 4: Selepas turun dari usungan, Ratna Angreni pun duduk di batu itu sambil menjuntaikan kaki. Dalam hatinya tersemat kukuh perasaan bersalah.

Rangkap 5: Ratna Angreni berasa hairan kerana mereka pergi ke tempat itu, sedangkan ketika itu hari sudah tengah hari dan mereka belum berjumpa dengan Raden Menteri.

Rangkap 6: Sebelum itu, Raden Kartabangsa sanggup menghantar Ratna Angreni kepada Raden Menteri, tetapi Ratna Angreni berasa hairan kerana dibawa ke dalam belukar. Raden Kartabangsa pula berasa sukar hendak menjawab pertanyaan itu.

Rangkap 7: Raden Kartabangsa berasa sangat kasihan kepada Ratna Angreni lalu mengatakan bahawa Sang Natalah yang menyuruhnya membawa Ratna Angreni ke situ.

Rangkap 8: Apabila mendengar penjelasan Raden Kartabangsa, Raden Angreni segera menangis sambil menumbuk-numbuk dadanya. Kemudian, dia bertanya kepada Raden Kartabangsa sama ada Raden Kartabangsa sanggup meninggalkannya seorang diri di situ.

Persoalan
  1. Rancangan untuk membunuh Ratna Angreni oleh Sang Nata
  2. Tipu muslihat terhadap Ratna Angreni supaya pembunuhannya tidak diketahui orang
Bentuk Rangkap: 8

Bilangan baris: sama setiap rangkap, 4 baris serangkap

Bilangan kata: hampir sama, iaitu tiga hingga lima patah kata sebaris

Bilangan suku kata: hampir sama, iaitu antara sembilan hingga dua belas suku kata

Unsur Keindahan Ungkapan puitis- pasir putih sangat permai

Imej-imej alam- pantai, pasir putih, ombak dan pohon bunga.

Unsur bunyi

a) asonansi (pengulangan bunyi vokal)

Batunya indah bagai dicanai

Dalam contoh di atas, terdapat pengulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali.

b) aliterasi (pengulangan bunyi konsonan)

Kepada adinda muda yang sabar

Dalam contoh di atas, terdapat pengulangan bunyi vokal d sebanyak enam kali.

c) rima akhir (pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi)

Ada suatu batu yang rata,

Terhampar rupa seperti geta

Raden Perbangsa segera berkata

Di sinilah adinda berhenti kita.

d) jeda (pemberhentian suara sekejap di tengah baris)

Dahulu tuanku / sanggup menghantar

Kepada adinda / muda yang sabar

Sekarang mengapa / di dalam belukar

Raden menyahut / rasanya sukar

Nilai 1. Belas kasihan.

Contohnya: Raden Kartabangsa berasa amat kasihan hendak meninggalkan Ratna Angreni sendirian di kawasan belukar itu.

2. Sabar.

Contohnya: Ratna Angreni tetap bersabar ketika di bawa ke kawasan belukar itu walaupun pada mulanya dia dijanjikan akan dibawa ke tempat Raden Menteri.

Pengajaran
  1. Kita hendaklah berasa belas kasihan atau simpati kepada seseorang yang berada dalam kesusahan.

  1. Kita hendaklah bersabar menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

No comments:

Post a Comment