SAJAK | |
Definisi |
|
Bentuk | Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak dihadkan, sebaliknya mengikut keperluan isi yang hendak disampaikan |
AKU MENJADI LEBIH BERANI | |
Maksud | Rangkap 1: Penyajak membezakan dirinya daripada sahabatnya melalui warna baju. Sahabatnya yang berbaju biru dianggap lebih baik daripada dirinya yang berbaju ungu. Namun begitu, dia sedar bahawa hati sahabatnya tidak ikhlas jika dibandingkan dengan hatinya. Rangkap 2: Apabila berlaku keadaan seperti itu,( hati tidak ikhlas), penyajak tidak takut akan ancaman (pisau) kerana bahasa atau kata-kata dianggap lebih berkesan daripada senjata tajam. Rangkap 3: Melalui gerak hati dan perasaan, penyajak dapat belajar supaya menjadi lebih berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam hidup. |
Tema | Keberanian seorang wanita menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai tipu muslihat. |
Persoalan |
|
Bentuk | Rangkap: 3 Bilangan baris: tidak sama, rangkap pertama (7), kedua (5) dan ketiga (2) Bilangan kata: tidak sama, iaitu satu hingga lima patah kata sebaris Contoh baris paling pendek: bisa Contoh baris terpanjang: sebilah pisaumu aku tidak gentar Bilangan suku kata: tidak sama, iaitu antara dua hingga dua belas suku kata Contoh : bi / sa (2 suku kata) Contoh: se/bi/lah pi/sau/mu a/ku ti/dak gen/tar (12 suku kata) Bebas |
Unsur Keindahan | Ungkapan puitis- sepatah kata, bias dan setulus hatiku Simile- tidak setulus hatiku Dalam baris tersebut, penyajak membandingkan “ketulusan hati sahabatnya” dengan “ketulusan hatinya” yang didapati tidak sama. Personafikasi (perorangan / penginsanan? Contoh: Hati dan rasa mengejarku Dalam contoh berkenaan, hati dan rasa adalah bukan manusia tetapi diberi sifat manusia, iaitu “mengejar” Sinkope (Penyingkatan kata) Contoh: kau (engkau), ku (aku) Unsur bunyi a) asonansi (pengulangan bunyi vokal) Dan bajuku ungu Dalam contoh di atas, terdapat pengulangan bunyi vokal u sebanyak empat kali. b) aliterasi (pengulangan bunyi konsonan) tidak setulus hatimu Dalam contoh di atas, terdapat pengulangan bunyi vokal t sebanyak tiga kali. c) rima akhir (pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi) Kali ini, kau berbaju biru dan bajuku ungu Sayang, hanya aku tahu hatimu tidak seikhlas hatiku yang berbaju ungu. |
Nada | Sinis / kecewa |
Nilai | 1. Peribadi kawan atau kekasih Memilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan fizikal ( kecantikan dan ketampanan), tetapi yang penting kejujuran. 2. Ikhlas Penyajak mengaku bahawa dia seorang yang ikhlas. 2. Berwaspada 3. Keberanian |
Pengajaran |
|
Wednesday, March 20, 1985
SAJAK
SYAIR
PUISI TRADISIONAL
SYAIR | |
Definisi |
|
Bentuk | Baris: biasanya mengandubgi empat patah kata yang berjumlah antara lapan hingga dua belas suku lata Rima: aaaa |
SYAIR PEMBUNUHAN ANGRENI | |
Maksud | Rangkap 1: Mereka sampai di tepi pantai yang pasirnya putih dan suasananya tenang. Batu-batunya cantik seperti dicanai dan kelihatan juga ombak yang mencecah pantai. Rangkap 2: Di situ terdapat sepohon bunga cina dan bunga cempaka yang diapit pula dengan bunga angsana. Bunga-bunga itu kelihatan indah dengan pelbagai warna. Di tempat itulah Raden Kartabangsa berhenti. Rangkap 3: Di situ terdapat seketul batu yang rata seperti katil raja. Raden Perbangsa segera mengajak Ratna Angreni berhenti di batu yang terhampar itu. Rangkap 4: Selepas turun dari usungan, Ratna Angreni pun duduk di batu itu sambil menjuntaikan kaki. Dalam hatinya tersemat kukuh perasaan bersalah. Rangkap 5: Ratna Angreni berasa hairan kerana mereka pergi ke tempat itu, sedangkan ketika itu hari sudah tengah hari dan mereka belum berjumpa dengan Raden Menteri. Rangkap 6: Sebelum itu, Raden Kartabangsa sanggup menghantar Ratna Angreni kepada Raden Menteri, tetapi Ratna Angreni berasa hairan kerana dibawa ke dalam belukar. Raden Kartabangsa pula berasa sukar hendak menjawab pertanyaan itu. Rangkap 7: Raden Kartabangsa berasa sangat kasihan kepada Ratna Angreni lalu mengatakan bahawa Sang Natalah yang menyuruhnya membawa Ratna Angreni ke situ. Rangkap 8: Apabila mendengar penjelasan Raden Kartabangsa, Raden Angreni segera menangis sambil menumbuk-numbuk dadanya. Kemudian, dia bertanya kepada Raden Kartabangsa sama ada Raden Kartabangsa sanggup meninggalkannya seorang diri di situ. |
Persoalan |
|
Bentuk | Rangkap: 8 Bilangan baris: sama setiap rangkap, 4 baris serangkap Bilangan kata: hampir sama, iaitu tiga hingga lima patah kata sebaris Bilangan suku kata: hampir sama, iaitu antara sembilan hingga dua belas suku kata |
Unsur Keindahan | Ungkapan puitis- pasir putih sangat permai Imej-imej alam- pantai, pasir putih, ombak dan pohon bunga. Unsur bunyi a) asonansi (pengulangan bunyi vokal) Batunya indah bagai dicanai Dalam contoh di atas, terdapat pengulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali. b) aliterasi (pengulangan bunyi konsonan) Kepada adinda muda yang sabar Dalam contoh di atas, terdapat pengulangan bunyi vokal d sebanyak enam kali. c) rima akhir (pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi) Ada suatu batu yang rata, Terhampar rupa seperti geta Raden Perbangsa segera berkata Di sinilah adinda berhenti kita. d) jeda (pemberhentian suara sekejap di tengah baris) Dahulu tuanku / sanggup menghantar Kepada adinda / muda yang sabar Sekarang mengapa / di dalam belukar Raden menyahut / rasanya sukar |
Nilai | 1. Belas kasihan. Contohnya: Raden Kartabangsa berasa amat kasihan hendak meninggalkan Ratna Angreni sendirian di kawasan belukar itu. 2. Sabar. Contohnya: Ratna Angreni tetap bersabar ketika di bawa ke kawasan belukar itu walaupun pada mulanya dia dijanjikan akan dibawa ke tempat Raden Menteri. |
Pengajaran |
|
PANTUN
PUISI TRADISIONAL
RUMUSAN
BAHASA MELAYU
RUMUSAN
SOALAN 1 – RUMUSAN
(30 MARKAH)
Tulis dalam 4 perenggan.
- Perenggan 1 : Pendahuluan
- Perenggan 2 : Isi tersurat
- Perenggan 3 : Isi tersirat
- Perenggan 4 : Kesimpulan
Pendahuluan
- Ambil fokus / Unsur pertama .
- Fokus pertama ialah bahagian pertama dalam arahan soalan.
- Kenal pasti kata kunci dalam fokus pertama.
- Gantikan kata kunci dengan perkataan lain yang sama maksud.
Contoh : Arahan soalan
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara memajukan sektor pertanian dan kekangannya.
Fokus 1: cara-cara memajukan sektor pertanian (Isi Tersurat)
Cara-cara = kaedah / Langkah-langkah
Petikan membincangkan langkah-langkah memajukan sektor pertanian.
cara-cara = langkah / kaedah / usaha / modus operandi
kesan = akibat / implikasi
sebab-sebab = faktor-faktor / punca-punca
Faedah = kepentingan / kebaikan / manfaat / kelebihan
Masalah = kekangan / kesulitan / kerumitan / halangan
Tanggungjawab = peranan / sumbangan
Isi Tersurat
- Isi tersurat terdapat dalam petikan.
- Minimum 2 isi.
- Maksimum 6 isi.
- Fokus pertama dalam arahan soalan ialah isi tersurat.
Isi Tersirat
- Isi tersirat ialah pendapat calon.
- Fokus kedua dalam arahan soalan ialah isi tersirat.
- Minimum 2 isi.
- Maksimum tiada had tetapi jumlah perkataan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kesimpulan
- Perlu ada dua unsur, iaitu satu cadangan dan kesan daripada cadangan itu.
Contoh:
Rakyat Malaysia hendaklah menceburi bidang pertanian supaya sektor pertanian dapat dimajukan.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang akibat pembakaran hutan secara terbuka dan cara-cara mengatasinya. Panjang rumusan itu hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kebakaran hutan secara terbuka yang berlaku di negara ini sudah mencapai tahap serius lebih-lebih lagi apabila kebakaran itu berlaku pada musim kemarau. Oleh sebab kekurangan air maka kebakaran itu akan merebak dengan pantas dan sukar dikawal. Tragedi itu memburukkan keadaan cuaca di negara ini.
Oleh yang demikian, amaran keras tentang pengawalan kualiti alam sekitar yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam kes pembakaran hutan tidak boleh dipandang ringan. Pihak yang ingkar, hendaklah diambil tindakan yang tegas. Di samping itu, kerajaan negeri hendaklah bertindak tegas terhadap pembakar hutan di negeri masing-masing. Kebanyakan negeri mempunyai kawasan hutan yang luas dan kemungkinan berlaku kebakaran hutan adalah tinggi. Apabila hutan terbakar, api sukar dipadamkan kerana tiupan angin yang kencang, kesukaran perhubungan dan kekurangan peralatan. Tambahan pula, kerja-kerja memadamkan kebakaran hutan memerlukan tenaga kerja dan wang yang bukan sedikit.
Kebakaran hutan bukan sahaja menimbulkan persekitaran yang tidak sihat malah tindakan tersebut membunuh pelbagai spesies binatang yang terdapat di kawasan berkenaan. Selain itu, kebakaran juga memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan akar kayu yang boleh dijadikan ubat-ubatan.
Pembakaran hutan dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengusahakan kawasan itu secara haram sama ada untuk bercucuk tanam atau tujuan lain. Oleh itu, pihak berkuasa mesti sentiasa meninjau kawasan hutan yang berkemungkinan diteroka secara haram. Rakyat pula mesti prihatin untuk menghalang tindakan tidak bertanggungjawab ini kerana kebakaran hutan bukan sahaja menimbulkan masalah debu tetapi juga mencemarkan alam sekitar. Lagipun tindakan memusnahkan tumbuhan hijau samalah dengan kita merelakan alam ini terdedah kepada pelbagai bencana.
Pengenalan
- Petikan membincangkan kesan pembakaran hutan secara terbuka.
Isi tersurat
- Kebakaran hutan memburukkan keadaan cuaca di negara ini.
- Kerja-kerja memadamkan kebakaran hutan memerlukan tenaga kerja dan wang yang banyak.
- Kebakaran hutan menimbulkan persekitaran yang tidak sihat.
- Kebakaran hutan membunuh pelbagai spesies binatang .
- Kebakaran hutan memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan akar kayu yang boleh dijadikan ubat-ubatan.
- Kebakaran menimbulkan masalah debu dan mencemarkan alam sekitar.
- Alam ini terdedah kepada pelbagai bencana.
Isi tersirat
- Kerajaan hendaklah menjatuhkan hukuman yang berat ke atas pesalah.
- Bomba hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
- Orang ramai hendaklah melaporkan kes-kes pembakaran hutan kepada pihak berkuasa dengan segera.
- Kerajaan hendaklah memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk menahan dan mendakwa pasalah di mahkamah.
- Kerajaan-kerajaan negeri hendaklah memantau keadaan hutan di negeri masing-masing.
- Kerajaan hendaklah mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan hutan.
Kesimpulan
Semua agensi kerajaan hendaklah bekerjasama untuk mengatasi masalah pembakaran hutan supaya kita dapat menyelamatkan flora dan fauna daripada pupus.
Contoh rumusan
Petikan membincangkan kesan pembakaran hutan secara terbuka .
Kebakaran hutan memburukkan keadaan cuaca di negara ini. Kerja-kerja memadamkan kebakaran hutan memerlukan tenaga kerja dan wang yang banyak. Kebakaran hutan menimbulkan persekitaran yang tidak sihat. Kebakaran hutan membunuh pelbagai spesies binatang . Kebakaran hutan memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan akar kayu yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Kebakaran menimbulkan masalah debu dan mencemarkan alam sekitar.
Kerajaan hendaklah menjatuhkan hukuman yang berat ke atas pesalah. Bomba hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Masyarakat hendaklah melaporkan kes-kes pembakaran hutan kepada kerajaan dengan segera. Kerajaan-kerajaan negeri hendaklah memantau keadaan hutan di negeri masing-masing. Kerajaan hendaklah mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan hutan.
Kesimpulannya, semua agensi kerajaan hendaklah bekerjasa untuk mengatasi masalah pembakaran hutan supaya flora dan fauna tidak pupus.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN
- Perhatikan peruntukan markah.
- Kalau 4 markah, biasanya ada 2 isi, iaitu 2 isi dengan 2 contoh.
- Kalau jawapan tidak memerlukan contoh, maka calon dikehendaki memberi 4 isi. (1 isi = 1 markah)