Wednesday, March 20, 1985

PANTUN

PUISI TRADISIONAL

PANTUN
Definisi Karya yang berangkap tetap

Bilangan baris dalam setiap rangkap atau bait itu sudah ditetapkan sama ada 2, 4, 6, 8, 10, 12 atau 14 dalam serangkap.

Bentuk terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang maksud atau sampiran dan isi.

Dalam pantun 4 kerat, pembayang maksud ialah dua baris pertama dan isi pula berada pada dua baris berikutnya.

Lihat contoh yang berikut:

Your browser may not support display of this image.Kusangka nanas di tengah padang, [a] pembayang

Kiranya pandan yang berduri [b]

Your browser may not support display of this image.

Kusangka panas sampai ke petang, [a] maksud

Kiranya hujan di tengah hari.[b]


PANTUN MENGENANG NASIB
Maksud Rangkap 1: Masalah yang besar dapat diselesaikan berbeza daripada masalah hati dan perasaan; atau masalah luaran lebih mudah diselesaikan jika dibandingkan dengan kekecewaan atau sakit hati yang dialami.

Rangkap 2: Kesenangan atau kebahagiaan yang diharapkan berkekalan sepanjanga masa berakhir dengan kesusahan.

Rangkap 3: Kecedaraan di luar seperti luka di tangan memang dapat dilihat oleh orang lain tetapi kekecewaan atau kesedihan di dalam hati tidak diketahui oleh sesiapa.

Rangkap 4: Kita tidak boleh mengharapkan nasib yang baik sahaja sepanjang masa kerana nasib baik atau buruk sudah menjadi adat dalam kehidupan dan terpaksa dihadapi oleh semua orang.

Persoalan
  1. Perasaan sedih atau kecewa sukar diubati
  2. Kehidupan manusia tidak selalunya senang sepanjang masa
  3. Kesedihan atau kekecewaan dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang lain.
  4. Nasib yang baik tidak selalu datang atau dialami oleh setiap manusia. Sebaliknya, manusia terpaksa menerima hakikat bahawa dalam kehidupan ini pasti mempunyai nasib buruk yang perlu dilalui.
Bentuk Rangkap: 4

Bilangan baris: sama setiap rangkap, 4 baris serangkap

Bilangan kata: hampir sama, iaitu empat hingga lima patah kata sebaris

Bilangan suku kata: hampir sama, iaitu antara sembilan hingga sepuluh suku kata

Rima: abab

Unsur Keindahan Bahasa kiasan: Kusangka panas sampai ke petang,

Kiranya hujan di tengah hari.

Dalam contoh di atas, panas dikiaskan sebagai kesenangan, sementara hujan dikiaskan sebagai kesusahan atau penderitaan.

Anafora: Pisau raut hilang di rimba

Pakaian anak raja di Juddah

Karam di laut boleh ditimba

Karam di hati bilakah sudah.

Pengulangan kata pada awal baris secara berturutan.

Unsur bunyi

a) asonansi (pengulangan bunyi vokal)

Karam di hati bilakah sudah

Dalam contoh di atas, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak enam kali.

b) aliterasi (pengulangan bunyi konsonan)

Untung nasib permainan badan

Dalam contoh di atas, terdapat pengulangan bunyi vokal n sebanyak enam kali.

c) rima akhir (pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi)

Buah berangan masaknya merah

Kelekati dalam perahu

Luka di tangan nampak berdarah

Luka di hati siapa tahu.

d) jeda (pemberhentian suara sekejap di tengah baris)

Kusangka nanas / di tengah padang

Kiranya pandan / yang berduri

Kusangka panas / sampai ke petang

Kiranya hujan / di tengah hari

Semasa membaca pantun di atas, kita sewajarnya melakukan jeda pada bahagian yang ditandai.

Nilai 1. Kesabaran atau ketabahan.

Contohnya: seseorang itu perlu bersabar apabila kehilangan orang yang disayangi

2. Percaya pada qadak dan qadar.

Contohnya: semua yang berlaku ialah ketentuan Allah S.W.T dan manusia terpaksa menerimanya walaupun bukan itu yang diharapkan.

Pengajaran
  1. Kita hendaklah menjaga hati dan perasaan seseorang kerana perasaan yang dilukai amat sukar diubati.

  1. Kita hendaklah menerima takdir Tuhan, sama ada perkara yang baik atau perkara yang buruk dengan hati yang tenang dan tabah.

  1. Kita tidak harus sentiasa menyembunyikan kesusahan daripada orang lain; mungkin orang lain yang prihatin dapat menghulurkan bantuan.

No comments:

Post a Comment