Wednesday, March 20, 1985

SAJAK

SAJAK
Definisi
  1. Karangan berangkap yang lebih bebas bentuknya dan tidak terikat pada sesuatu pola khusus.
Bentuk Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak dihadkan, sebaliknya mengikut keperluan isi yang hendak disampaikan

AKU MENJADI LEBIH BERANI
Maksud







Rangkap 1: Penyajak membezakan dirinya daripada sahabatnya melalui warna baju. Sahabatnya yang berbaju biru dianggap lebih baik daripada dirinya yang berbaju ungu. Namun begitu, dia sedar bahawa hati sahabatnya tidak ikhlas jika dibandingkan dengan hatinya.

Rangkap 2: Apabila berlaku keadaan seperti itu,( hati tidak ikhlas), penyajak tidak takut akan ancaman (pisau) kerana bahasa atau kata-kata dianggap lebih berkesan daripada senjata tajam.

Rangkap 3: Melalui gerak hati dan perasaan, penyajak dapat belajar supaya menjadi lebih berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam hidup.

Tema Keberanian seorang wanita menempuh kehidupan yang penuh dengan pelbagai tipu muslihat.
Persoalan
  1. Kata-kata lebih tajam daripada sebilah pisau
  2. pengalaman pahit yang dilalui seseorang, dapat menjadikannya lebih berani menghadapi sebarang cabaran.
  3. Gerak hati dapat membentuk keberanian dalam diri seseorang
  4. keadaan fizikal seseorang tidak semestinya menggambarkan keikhlasan hatinya.
Bentuk Rangkap: 3

Bilangan baris: tidak sama, rangkap pertama (7), kedua (5) dan ketiga (2)

Bilangan kata: tidak sama, iaitu satu hingga lima patah kata sebaris

Contoh baris paling pendek: bisa

Contoh baris terpanjang: sebilah pisaumu aku tidak gentar

Bilangan suku kata: tidak sama, iaitu antara dua hingga dua belas suku kata

Contoh : bi / sa (2 suku kata)

Contoh: se/bi/lah pi/sau/mu a/ku ti/dak gen/tar (12 suku kata)

Bebas

Unsur Keindahan
































Ungkapan puitis- sepatah kata, bias dan setulus hatiku

Simile- tidak setulus hatiku

Dalam baris tersebut, penyajak membandingkan “ketulusan hati sahabatnya” dengan “ketulusan hatinya” yang didapati tidak sama.

Personafikasi (perorangan / penginsanan?

Contoh: Hati dan rasa mengejarku

Dalam contoh berkenaan, hati dan rasa adalah bukan manusia tetapi diberi sifat manusia, iaitu “mengejar”

Sinkope (Penyingkatan kata)

Contoh: kau (engkau), ku (aku)

Unsur bunyi

a) asonansi (pengulangan bunyi vokal)

Dan bajuku ungu

Dalam contoh di atas, terdapat pengulangan bunyi vokal u sebanyak empat kali.

b) aliterasi (pengulangan bunyi konsonan)

tidak setulus hatimu

Dalam contoh di atas, terdapat pengulangan bunyi vokal t sebanyak tiga kali.

c) rima akhir (pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi)

Kali ini,

kau berbaju biru

dan bajuku ungu

Sayang, hanya aku tahu

hatimu

tidak seikhlas hatiku

yang berbaju ungu.

Nada Sinis / kecewa
Nilai 1. Peribadi kawan atau kekasih
Memilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan fizikal ( kecantikan dan ketampanan), tetapi yang penting kejujuran.

2. Ikhlas

Penyajak mengaku bahawa dia seorang yang ikhlas.

2. Berwaspada

3. Keberanian
Manusia tidak kira lelaki atau perempuan haruslah berani menghadapi cabaran yang bakal mendatang

Pengajaran
  1. Kita hendaklah berhati ikhlas dan jujur setiap masa
  2. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran
  3. Kita tidak harus menilai keikhlasan seseorang hanya berpandukan pada pakaian atau luarannya sahaja.

No comments:

Post a Comment